Aku tak faham dengan manusia yang jenis rasakan diri dia sahaja yang betul.
Diri dia sahaja yang terasa agung.
Tak pernah salah, kepalanya betul saja.
Bila cuba diterangkan tak pernah mahu dengar,
kerana dia merasakan kata-kata orang itu tidak benar melainkan diri dia sahaja.
Aku tak faham dengan manusia yang jenis yang degil tahap maksima dewa paling agung.
(menangis cikgu BM aku ni kalau baca blog terkucar-kacir bahasa aku ni)
Degil itu perkara biasa,
tapi kalau degil yang sampai tidak mahu dengar penjelasan dan penerangan orang lain,
itu bukan degil namanya.
Itu bongkak jadinya.
Sungguh aku tak faham, kenapa ada manusia seperti ini?
Sungguh.
Kenapa hatinya begitu keras?
Kenapa?
Papa bilang, kalau semua orang baik, tak ada lah cabaran dalam hidup ini.
Jiha bilang, orang seperti mereka kita jadikan pembakar semangat untuk terus ke depan.
Aku berdoa agar Allah melembutkan hati orang-orang seperti mereka,
tak lupa semoga Allah sentiasa melembutkan hati aku juga.
Amin.