11 August 2015

Kim Na Young featuring Lee Jung Shin

Hey! This time bercerita pasal K to the P-O-P la sikit. Tapi jangan risau takdelah memanjang nak K-pop. Eh tukarlah K-rock lah, since watak utama ni Lee Jung Shin dari CNBLUE dan ramai yang mistaken sebab bagi mereka semua band even drama-drama Korea dipanggil K-pop. Itulah dah kata buat R&D dulu baru nak berbahas tapi itulah mentality manusia ni nak lagi yang Meleis ni. Takpelah bukan sebab ni nak cerita pun. Cerita yang aku nak cerita lagi menarik dari kisah Kpop vs Krock thing man. Okaylah since korang dah tahu watak utama lelaki tu Lee Jung Shin mesti korang nak tahu kan siapa watak utama untuk perempuan kan? Kim Na Young namanya, hmm mesti korang macam tertanya-tanyalah siapa Kim Na Young tu kan. Kim Na Young ni bukanlah pelakon yang popular mahupun bukan pelakon tambahan yang terkenal dekat Korea pun, dekat Malaysia pun entah dia dikenali ke idok gitchewwww! Dia ni selalu muncul dalam cerita-cerita “indah” dialah. Kadang-kadang dia tak bawak watak sebagai Kim Na Young, kadang dia bawak watak sebagai diri dia sendiri iaitu Nazz. Kim Na Young ni macam alter ego aku lah, konon kalau aku jadi KNY (perghh siap disingkatkan acah macam dah femes amos jerkkkk!) aku ada kuasa la berbahasa Korea konon acentu lewwww. Tapi mimpi ni aku bawak watak sebagai diri sendiri la eh come on la ni bukan macam Hannah Montana best of both world kut, my own world pun dah cukup best tau terasa taknak bangun dari cerita indah tu. Enough for this crappy writing, lets start the show guys! *flips tudung bawal crepe* *drums roll* *eyes roll* *chicken roll!* *penggunaan I akan bermula*

I was too tired sampai tertidur tanpa disedari, terlena gila sampai I tak terjaga pagi pun. I ni jenis terjaga pagi, pukul 2 am atau 3 am tu lah waktu I berjaga tanpa hala tuju. Banyak kisah menarik pukul 2 am atau 3 am I ni tapi tulah nantilah kalau I rajain rajin I updatelah pasal entry ni. I tak ingat sangat macam mana boleh muncul cerita ni. Tapi dia macam ni ah...

*Dalam train* Tak pasti nak kemana dan buat apa dalam train tu (apa pulak tak pasti nak kemanakan? Dah tentu lah nak acah-acah travel the world ni. Haish cerita tu kasi logik sikit jangan nak buat drama meleis,indo,filipin yang buat cerita tak logik) tapi macam yakin bukan dalam Malaysia kut. Sebab dekat luar pemandangan dia macam penuh salji gitulah, tapi macam ye pulak dekat Malaysia sebab macam ada nampak orang melayu lepastu kalau tak silap time tu macam CNBLUE nak buat konsert dekat Malaysia lah. Tapi time tu macam pakai baju sejuk. Bila bercakap pun macam ada keluar asap-asap tu. Okaylah kesimpulannya venuenya bukan dekat Malaysia lah tu.

*Imaginasi yang sangat tinggi diperlukan untuk meneruskan pembacaan* Waktu tu tengah duduk dekat seat dalam train tu sambil baca buku. Seat sebelah I ni kosong. Actually banyak seat yang kosong dekat dalam train tu. Lepastu datanglah beberapa orang jejaka. Jejaka-jejaka tu CNBLUE lah, nak introducekan ke? Halamakkkkk Mr. Google ada kut. You fikir you siapa nak I terangkan satu-satu? I tak dibayar untuk terangkan kut, ni I cerita pun atas dasar ikhlas. Waktu tu I tak perasanlah dia orang ni semua naik satu train dengan I dan I pun tak faham why dia orang naik train dan bukannya kapal terbang? Tapi kalau dah nama pun jodoh, tak kemana orang kata, orang kata. Jadi waktu I tengah khusyuk membaca tu dia orang pun lalu sebab seat dia orang dekat belakang rasanya. Dia orang lalu bawak guitar dan beg masing-masing lah. Minhyuk tu tak bawak apa-apa lah takat bawak beg dia takkan nak bawak drum kut. Logik tu kena ada baru ada attitude.

Sedang dia orang berjalan kearah belakang, I ni yang masih lagi khusyuk membaca tiba-tiba buku terjatuh sebab ada orang terlanggar tangan I (halamak macam cerita Hindustan pulak -.-“), “Sorry sorry” orang tu kata sambil kutip buku yang jatuh tadi dan dia bagi dekat I. I yang cool ni pandang kearah orang tu sambil kata, “It’s okay” dan berikan senyuman yang cuuuuukup manis. Orang tu adalah LJS. *love emoji berterbangan* Dia pulak macam terpesonalah dengan senyuman I ni sampai dia terlepas cakap “You...So pretty...” I dah kata I ni cool, I senyum dan kata “Thanks”.  Dia masih tercegat dekat situ lepastu si Jonghyun ni siku LJS ni mungkin sebab dah terpukau dengan senyuman manis I lettew. Jung Shin ni tersedar sebab dah kena siku dengan Jonghyun, pandang ke arah Jonghyun seakan bagitahu sesuatu dekat Jonghyun in Korean dan Jonghyun angguk dan pandang kearah I sambil senyum dan Jung Shin pun senyum lagi sekali dan pergi ke tempat diaorang. Yang si Minhyuk dengan Yong Hwa ni tengah tunggu dia orang berdualah dekat seat tu. I duduk dan teruskan membaca. I tak tahulah apa yang dia orang bualkan sebab I takde dalam perbualan mereka tu. Tapi kalau you guys nak tahu perbualan mereka tu, I boleh cuba ceritakan perbualan mereka dekat next entry I? Nanti you guys pm I k if you guys nak tahu. Halah I tahu apa yang dia orang sedang bualkan tu kihkihkih.

Selepas apa yang terjadi, I teruskan pembacaan I. Dan I cuba untuk teruskan cerita indah I tu sampai bila I tersedar, I melihat jam di handphone menunjukkan pukul 11.18 am!!! SHIT! Lambat sangat dah ni bangun. Alahai mimpi tadi berakhir macam tu je, I’m hoping ada kesinambungan untuk mimpi tu lagi. Nanti kalau ada I share okay.

I tahu cerita I ni singkat tapi jadi panjang sebab I banyak membebel lepastu I tahu you guys jenuh nak baca lepastu macam bosan sebab I sorang je yang syok sendiri tulis cerita ni. Tapi percayakah anda cerita ni memang bosan sebab dah diolah ke bentuk penulisan, cerita ni indah sewaktu bermimpi tadi dan lagi indah jika ia menjadi realiti. Dan mesti korang rasa macam geli part ada terpesonalah bagai, tapi yakinlah kalian bahawa I lagi geli nak menceritakan dan gunakan ayat-ayat lovey dovey itu. Sekian.