1 July 2015

cb

10.42 pm, baru terfikir nak tidur kejap tapi fikir balik dah buang masa selama 2 jam waktu tidur petang tadi. Biadab! Baru baik dari demam, waktu paper Finance haritu, kemain payah nak menjawab soalan. Dengan satu tangan nak kena lap lelehan hingus, satu tangan lagi nak sibuk menulis angkalah, menekan kalkulatorlah. Life is hard man. Pheww! *lap peluh*

Kalau ditanya tentang paper Finance... *batuk kecil berunsurkan keberlagakan* EXCUSE ME?! Are you kiddinggggggggg??? Finance? Pfft Finance?? Eh pleaselahhhh, Finance kut, it is in my blood man! Jangan pandang diri yang pendek ni tanpa melihat bawah eh. Hmmm bolehlah jawab tapi belum tentulah pula jawapannya tu betul. Semoga Allah permudahkan segalanya. *manual emoji smiley keterpaksaan*

Ni cerita haritu, saja nak payung sekarang sebab yang haritu punya cerita masing-masing dalam rumah ni demam, masing-masing tak larat. Semua berpunca dari Julesuri.

♡ ♢ ♤ ♧♡ ♢ ♤ ♧♡ ♢ ♤ ♧♡ ♢ ♤ ♧♡ ♢ ♤ ♡ ♢ ♤ ♧♡ ♢ ♤ ♧♡ ♢ ♤ 

11.03pm, next paper 3/7/2015 paper cb. Cb ni bukanlah paper carutan ke apa. Nama pendek je CB nama penuh Consumer Behavior. Consumer Behaviour ni kira the next subject after Organizational Behavior time diploma ambil dulu tu. Sigh *menarik keluhan dan lelahan yang sangat panjang dan tak terkira harakatnya* Nak bercerita lebih pasal subject CB ni tapi paper CB belum lepas lagi. Tunggulah, nak ambil positive vibes dari subject CB ni dulu, baru bercerita.

Em, bercerita pasal carutan, haritu waktu QMT, minta Jules (sila tekan pada nama Jules untuk membaca bebelannya) ajarkan salah satu subtopik dalam QMT. Sekali kena cb dengan dia. Luluh hati ini rasanya kena cb dengan dia. Apakah dosa aku padanya sampai dikenakan cb? *sekali lagi manual emoji digunakan; emoji sedih) Rupanya tu la formula yang paling kau akan ingat dalam dewan peperiksaan. Cbrock formula tu. Kau tengok, kau tengok, aku nak ambil paper CB ni, tapi formula cbrock tu jugak masih dalam ingatan aku.

♡ ♢ ♤ ♧♡ ♢ ♤ ♧♡ ♢ ♤ ♧♡ ♢ ♤ ♧♡ ♢ ♤ ♡ ♢ ♤ ♧♡ ♢ ♤ ♧♡ ♢ ♤ 

11.21pm, Jules baru je lepas keluar dari bilik dari bersuka ria ber-on-call dengan jejaka idaman dia. Panas jugaklah tengok dia bersuka ria menghadap laptop, mentang-mentang paper dah ambil tadi, next paper pula 5 Julai ni. Aku ni kena menghadap buku CB tu. ARGHHHH, I want to end it fast man!

♡ ♢ ♤ ♧♡ ♢ ♤ ♧♡ ♢ ♤ ♧♡ ♢ ♤ ♧♡ ♢ ♤ ♡ ♢ ♤ ♧♡ ♢ ♤ ♧♡ ♢ ♤ 

It's 2015, but I still write 2014. WTF!
Ketandusan kata dan mata pun sudah terasa berat. Hati ni masih tertanya-tanya sama ada aku perlu tidur sekejap atau harus teruskan membaca? Dan aku tahu post ni macam ada unsur tersyok sendiri.