26 June 2015

Sains dan Masa

12.39 pm
Sudahlah bangun lambat. Disangkakan hari ini hari Ahad. Kelam kabut aku dibuatnya. Mana tidaknya, Finance baru sempat revise satu past sem je. Itu pun baru soalan 1a 1/2. Alhamdulillah rupanya Sabtu. Menarik nafas lega bila tahu hari ini hari Sabtu.

Kemas-kemas bilik, rendam baju. Kemas meja makan dan sebagainya. Rimas dibuat tengok rumah bersepah. Biasalah minggu final, sepahan dan selerakan itu seperti perkara biasa mungkin, masing-masing busy mensetadikan diri. Dari semalam memang khayal fikir ingatkan Sabtu. Padahal baru lepas jawab paper ELC tu. Lepas sedar yang hari ni hari Sabtu. Barulah terfikir kenapalah housemate dan roomate mengamalkan konsep "chill and rilex" iaitu sistem dimana seakan berbunyi, "jangan risau hari esok masih ada".

Selepas proses membersihkan diri sudah selesai. Aku bercadang untuk merehatkan diri buat seketika (kau nak rehatkan diri apa lagi, kau baru bangun dari mimpi indah kau kut -.-") di meja makan. Wah sedar tak sedar aku punya seketika itu, rupanya aku dah mengamalkan konsep "chill and rilex" *simbol ibu jari bagus menghadap ke arah orang itu dah tak boleh pakai untuk konsep ni*

Hmm 12.53 pm, aku punya lagi 7 minit untuk ke pukul 1 pm. Jadi aku akan teruskan menaip blog ini sehingga jam menunjukkan pukul 1 pm. Kononnya macam aku mengamalkan taknak membazir masa lah ni.

..................……………...........................……
Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Xbhanguehebgbaihehyrbgsbgjxlsuhsgajialdhh
23452853999155256276testtest526266261763
*pembaziran masa*

Halamakkkkk lambat pulak nak ke pukul 1 pm! Ni lah dia, ni lah. Konsep paling tak boleh pakai sekali. Ahhh sudahlah ni semua lagho. Adios madios hasta lalalalalavista malista!